fbpx

Gajah musnah kebun kelapa sawit berjaya ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gajah yang dipercayai memusnahkan kebun kelapa sawit penduduk berjaya ditangkap Perhilitan di Kampung Seri Bayas, Setiu hari ini.

SETIU – Salah seekor gajah yang dipercayai telah menceroboh kebun kelapa sawit milik penduduk di Kampung Seri Bayas di sini sejak minggu lalu akhirnya berjaya ditangkap hari ini.

Gajah seberat kira-kira 1.5 tan itu berjaya ditangkap dalam operasi dijalankan Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada pukul 11 pagi.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, haiwan liar terbabit berjaya ditangkap sebaik kelibatnya didapati kembali memasuki kawasan kebun kelapa sawit terbabit.

“Kita telah melakukan di kawasan tersebut sebaik menerima aduan pekebun terlibat baru-baru ini.

“Pemantauan akan tetap dilakukan di kawasan sama memandangkan kita percaya pencerobohan tersebut dilakukan lebih daripada seekor gajah liar,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan enam pekebun kelapa sawit kerugian kira-kira RM70,000 setelah sebahagian besar tanaman kelapa sawit mereka dimusnahkan sekumpulan gajah sejak minggu lalu.

Mereka berputih mata kerana buah kelapa sawit mereka dijangka boleh mula dituai pada bulan September depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI