SEBAGAI seorang bapa saudara yang baik hati, penyanyi G-Dragon menghadiahkan sepasang kasut istimewa buat anak buahnya.
Pemberian tersebut diberikan sempena Hari Kanak-Kanak yang disambut pada 5 Mei di Korea.
Perkara tersebut dimaklumkan kakak penyanyi lelaki itu dalam status Instagram dengan gambar keluarga yang meraikan hari khas tersebut di sebuah restoran.
Dalam status lain, kakaknya turut menunjukkan gambar kasut bersaiz kanak-kanak dengan kapsyen: “Pak cik beri kasut yang unik buat Ethan.”