fbpx

Fenomena jerebu dijangka berlaku, taburan hujan rendah mulai 15 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Negara dijangka menerima taburan hujan rendah sekali gus boleh menyebabkan fenomena jerebu berlaku berikutan Monsun Barat Daya (MBD) yang dijangka bermula 15 Mei ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, ketika musim MBD, lazimnya angin bertiup konsisten dengan kelembapan udara yang lebih rendah.

“Keadaan ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh tersebut.

“Sehubungan itu, kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak berbanding bilangan hari hujan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, dalam tempoh MBD, fenomena jerebu juga boleh berlaku sekiranya pembakaran tidak terkawal terutama pada Julai hingga September.

“Oleh itu, pembakaran terbuka haruslah dielakkan bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar.

“Orang ramai juga dinasihat supaya menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh ini berlaku,” jelansya.

Bagaimanapun, katanya, kejadian hujan lebat masih lagi boleh berlaku di pantai barat Semenanjung berikutan fenomena garis badai.

“Garis badai ialah barisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga berapa jam.

“Susulan itu, cuaca hujan dan ribut petir dijangka berlaku pada awal,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI