fbpx

Dialog filem Anwar: The Untold Story tidak semua tepat, tapi hebat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan isteri ketika hadir pada tayangan perdana Anwar: The Untold Story di Pavilion malam tadi.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penghasilan filem yang mengisahkan dirinya, “Anwar: The Untold Story” sebagai pintar dan hebat kerana mampu meringkaskan penceritaan selama 23 tahun kepada filem berdurasi kira-kira 90 minit.

Perdana Menteri berkata, walaupun keseluruhan dialog dan penceritaan tidak 100 peratus tepat, namun isu yang dibangkitkan dalam karya berkenaan merupakan kejadian sebenar.

“Peristiwa puluhan tahun untuk disingkatkan itu sudah tentu tidak mudah, malah sinematografi filem ini juga bagi saya sangat baik.

“Saya sukar mengulas kerana ada episod yang telah kita lupakan kerana sakit dan menyedihkan. Banyak beban tertanggung adalah Azizah, anak-anak dan rakan-rakan,” katanya pada sidang akhbar selepas menonton tayangan perdana filem itu di Dadi Cinema, Pavillion Bukit Bintang malam tadi.

Turut hadir pada tayangan tersebut adalah isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pengarah filem itu, Viva Westi dan pelakon utama, Farid Kamil Zahari.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau turut membantu dalam penghasilan skrip filem terbabit dan mengakui tidak mudah untuk menyempurnakannya.

“Filem ini adaptasi sebuah kisah benar. Saya ikut membantu pembikinan skripnya. Sebagai saksi hidup terhadap peristiwa 2 September 1998 tidak sukar untuk saya menyempurnakannya.

“Semua segar dalam ingatan. Tentang perjuangan seorang tokoh melawan rasuah dan membela rakyat. Semasa filem ini dilakukan pengambaran Anwar Ibrahim belum menjawat Perdana Menteri. Moga filem ini memberi inspirasi kepada pecinta keadilan,” jelasnya.

Filem berlatarkan antara 1993 dan 1998 itu, mengisahkan perjalanan hidup Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta perjuangannya dalam menentang amalan rasuah.

“Anwar: The Untold Story” yang membabitkan kos RM10 juta itu akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 18 Mei ini. – KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI