fbpx

De Gea punca kekalahan Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE GEA hanya mampu terduduk selepas membenarkan West Ham melakukan jaringan ketika United tewas 0-1 kepada West Ham di Stadium London awal pagi semalam.

LONDON – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag menggesa barisan pemainnya supaya tidak terlalu kecewa selepas tewas 0-1 kepada West Ham United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London awal pagi semalam.

Meskipun mendominasi aksi separuh masa pertama, namun United tersentak apabila pasukan tuan rumah menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-27 menerusi pemain sayap, Said Benrahma.

Kekalahan itu pastinya menggusarkan skuad The Red Devils memandangkan ia boleh menjejaskan peluang mereka untuk menamatkan saingan musim ini dalam kelompok empat pasukan teratas kerana Liverpool sedang mengekori rapat di belakang.

“Sudah tentu kami kecewa dengan keputusan hari ini (semalam) kerana United memulakan permainan sangat baik. Kami cipta banyak peluang di separuh masa pertama selain dua kali percubaan terkena tiang.

“Hanya satu kesilapan menyebabkan kami hilang tiga mata. Memasuki separuh masa kedua, kami langsung tidak dapat me­lakukan kebangkitan dan terpaksa berpuas hati pulang tanpa sebarang mata,” katanya.

Mengulas mengenai kesilapan penjaga gol, David De Gea yang menjadi punca kemenangan The Hammers, Ten Hag enggan me­nyalahkan pemain Sepanyol itu kerana menganggap dia sudah beraksi baik sepanjang musim ini.

“Semua orang tahu dan David (De Gea) juga tahu dia lakukan kesilapan, namun dia masih seorang penjaga gol yang hebat. Tanpa De Dea, tidak mungkin kami berada di kedudukan sekarang dalam liga,” ujar Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI