fbpx

Beruang undang resah penduduk masuk ‘jerat’ Perhilitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beruang matahari yang ditangkap di Kampung Parit 5 Gambut, Sungai Besar, Sabak Bernam, semalam

SABAK BERNAM – Keresahan penduduk kampung mengenai beruang yang kerap berkeliaran terlerai apabila haiwan itu berjaya ditangkap di Kampung Parit 5 Gambut, Sungai Besar di sini, semalam.

Beruang matahari itu ditangkap selepas termasuk dalam perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), kira-kira pukul 4 pagi.

Pengarah Perhilitan Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat orang awam mengenai tangkapan beruang jantan dewasa berkenaan.

Katanya, pemeriksaan lanjut Perhilitan Sabak Bernam mendapati beruang jantan dewasa itu memasuki perangkap yang dipasang pihaknya sejak seminggu lalu.

“Pemantauan dilakukan dan pita amaran dipasang di sekitar kawasan berkenaan. Pemeriksaan lanjut dijalankan oleh Pasukan Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) Sungkai dengan tembakan pelalian ke atas haiwan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Choon Yung, beruang itu dibawa  ke pejabat Perhilitan Sungai Besar dan akan dilepaskan ke habitat hutan asal.

Tambah beliau, penduduk setempat sebelum ini kerap mengadu beruang itu merayau di kawasan kebun selain mengesan umbut kelapa musnah.

“Bagaimanapun, tiada laporan penduduk cedera namun ia melibatkan kebimbangan mengenai keselamatan mereka ketika keluar berkebun,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI