fbpx

200 anggota bomba ditempatkan di Langkawi sempena LIMA’23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menempatkan seramai 200 pegawai dan anggotanya bagi melakukan persiapan rapi pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23), hujung bulan ini.

Pengarah JBPM Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, selain anggota yang berpangkalan di Kedah, pihaknya turut mendapatkan khidmat dari Perlis, Pulau Pinang dan Putrajaya.

“Segalanya kini mengikut perancangan dengan JBPM akan lebih banyak terlibat dalam aspek operasi mencari dan menyelamat (SAR). Fokus utama kami terbahagi kepada tiga perkara iaitu SAR di laut, darat dan udara.

“Sebanyak 20 peratus daripada pegawai dan anggota terlibat akan mula masuk ke Langkawi pada 17 Mei ini untuk melakukan persiapan awal selain membawa masuk pelbagai aset logistik. Selebihnya iaitu 80 peratus pegawai dan anggota lagi akan memasuki Langkawi pada 21 Mei ini,” katanya.

Sayani (berdiri empat dari kiri) bergambar bersama warga JBPM yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka JBPM Kedah di Alor Setar, malam semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena Majlis Rumah Terbuka JBPM Kedah yang dihadiri kira-kira 1,000 anggota bersama ahli keluarga di Ibu Pejabat JBPM Kedah di Jalan Suka Menanti, di sini malam semalam.

LIMA’23 bakal berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini dengan bertemakan Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia.

Kali terakhir pameran dwi tahunan itu dianjurkan adalah pada 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI