fbpx

Tujuh beranak derita penyakit kencing manis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Huda terpaksa melihat telefon bimbit secara dekat disebabkan penyakit kencing manis yang dihidapinya sejak lima tahun lalu ketika ditemui di rumahnya di Cheras, Kuala Lumpur kelmarin. – SADDAM YUSOFF

KUALA LUMPUR – Seorang wanita hampir putus harapan selepas disahkan menderita penyakit buah pinggang sejak lima tahun lalu sehingga menjejaskan penglihatannya.

Faiznur Huda Abdul Hamid, 32, yang merupakan anak keenam daripada tujuh beradik berkata, da tidak dapat bekerja untuk menyara hidup bersama ibunya, Rohaya Tawil, 68, disebabkan pergerakannya yang terbatas.

“Saya kini ibarat seperti orang buta, mata kiri dan kanan kabur teruk. Siapa lalu atau tegur dan apa yang berada di depan mata tidak dapat lihat dengan jelas.

“Saya hanya nampak kelibat. Apabila hendak melihat sesuatu termasuk telefon bimbit, saya perlu lihat pada jarak kurang lima sentimeter, baru nampak,” katanya ketika ditemui di Flat Perumahan Awam Seri Kota, Bandar Tun Razak, Cheras di sini semalam.

Menurut Huda, dia kini bergantung dengan ihsan adik-beradik lain untuk membeli barangan keperluan seperti makanan serta ubat-ubatan setiap bulan.

Jelasnya, ibunya yang menghidap penyakit kencing manis sehingga mengalami masalah kegagalan buah pinggang perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu sejak 2019.

Huda, 32, tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan mengenai penyakit kencing manis kronik yang dihidapinya ketika ditemui di Cheras, Kuala Lumpur. Gambar SADDAM YUSOFF

“Kencing manis ini penyakit keturunan, arwah ayah (Abdul Hamid Ibrahim) juga meninggal dunia akibat jantung dan kencing manis ketika berusia 45 tahun.

“Enam adik-beradik yang lain juga menghidap kencing manis. Yang paling teruk tiga orang termasuk saya dan kami perlu berulang-alik ke hospital untuk rawatan susulan,” ujarnya.

Menjadi satu harapan Huda untuk dapat melihat semula seperti orang lain dan doktor memaklumkan hanya dengan pembedahan penglihatannya kembali normal.

Huda (tengah) menghidap penyakit kencing manis kronik sejak lima tahun lalu. Gambar SADDAM YUSOFF

“Saya kena makan ubat dan memerlukan sehingga RM170 untuk tujuan itu, adik-beradik lain pula bukan senang dan mereka ada tanggungjawab masing-masing,” luahnya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB Bank bernombor 7600681899 atas nama Faiznur Huda atau menghubunginya talian 018-3171723.

-habis-

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI