fbpx

Tiada had usia memandu, Tun M masih pegang lesen di usia 97 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Mahathir antara warga emas yang masih memandu dalam keadaan baik.

SEREMBAN – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan sehingga kini masih belum terdapat sebarang ketetapan berhubung had maksimum bagi individu memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) masing-masing.

Malah ujar beliau, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih memandu serta memiliki lesen memandu yang sah.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan berhubung kerelevanan inisiatif memperbaharui LLM sehingga tempoh 10 tahun membabitkan golongan warga emas.

“Bagi warga emas, itu terpulang, setakat ni kita masih belum ada dasar umur maksima. Di usia 97 tahun, Dr. Mahathir masih memandu, lesen dia masih sah. Setakat ini, umur minima ada (memiliki lesen di usia 16 tahun bagi lesen motosikal), umur maksima tiada.

“Jadi itu terpulang kepada warga emas. Kita (kerajaan) bagi pilihan. Bila kita buat dasar ini sudah tentu ada pelbagai reaksi. Malah, tiada paksaan kepada mana-mana pihak untuk memperbaharui lesen mereka sehingga tempoh 10 tahun,” katanya ketika mengadakan lawatan ke JPJ Seremban, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI