fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Terjunan Kimberly Bong ‘tuai’ emas ke-10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kimberly meraih emas sulung peribadi selepas menang acara 3 meter papan anjal individu wanita di temasya Sukan SEA Kemboja 2023 sebentar tadi. - Foto oleh AMIR KHALID

PHNOM PENH – Kem terjun negara melaungkan amaran awal dalam usaha membolot pingat pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 kali ini selepas Kimberly Bong Qian Ping mendominasi acara tiga meter (m) papan anjal individu wanita sebentar tadi.

Pada aksi di Pusat Akuatik, Morodok Techo itu, Kimberly meraih 276.3 mata keseluruhan sekali gus mengekalkan pingat emas yang dimenangi Ng Yan Yee untuk acara sama pada edisi 2021 di Vietnam.

Sementara itu, penerjun Indonesia, Gladies Lariesa menafikan hasrat Malaysia untuk merekodkan podium 1-2 selepas seorang lagi wakil negara, Ong Ker Ying terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI