fbpx

Tengku Hassanal ingatkan kerajaan negeri beri peruntukan adil kepada pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU HASSANAL bertitah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Kerajaan Negeri diingatkan agar memberikan peruntukan yang adil kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang negeri ini.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar landskap politik negeri perlu diubah selari dengan 66 tahun negara mencapai kemerdekaan.

“Selama 66 tahun tempoh kemerdekaan ini sepatutnya politik negeri telah matang dan yang menjadi kerajaan harus meraikan pembangkang kerana mereka juga telah dipilih oleh rakyat.

“Peruntukan yang adil perlu diberikan kepada mereka (pembangkang) juga,”titah baginda pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Tambah Tengku Hassanal pembangkang pula diingatkan agar tidak ‘menghentam’ atau mengkritik semua usaha yang telah dilakukan kerajaan negeri.

Titah baginda apa yang baik harus diberi pujian dan pandangan perlu diberi kepada apa-apa kekurangan kerana rakyat mahukan politik yang matang dan stabil.

Dalam pada itu baginda bertitah, Pahang perlu terus bergerak laju ke hadapan seterusnya menjadi contoh kepada negeri dan negara lain.

“Saya harus berikan pujian saya kira kerajaan saya sekarang dalam landasan betul. Hasil negeri meningkat dan adanya pelbagai insiatip yang baik untuk rakyat.

“Namun masih ada banyak hang boleh ditambah baik, fokus lebih kepada masalah yang dihadapi rakyat seperti masalah bekalan air, jalan raya, banjir, peluang pekerjaan, kesesakan lalu lintas, keselamatan, pembangunan belia dan sebagainya,”titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI