fbpx

Sidang DUN Negeri Sembilan terakhir hari ini sebelum bubar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHLI-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menghadiri Persidangan kelima penggal kelima DUN Negeri Sembilan Ke-14 di Seremban hari ini. -Foto oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI/KOSMO!

SEREMBAN – Persidangan kelima penggal kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-14 yang berlangsung hari ini merupakan persidangan terakhir sebelum DUN dibubarkan dijangka pada Jun ini.

Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar berkata, persidangan kali ini diadakan singkat iaitu sehari sahaja.

“Saya berharap ahli-ahli yang berhormat sekalian dapat memberikan perbahasan yang baik dalam persidangan terakhir hari ini. Saya menyeru kepada semua ahli dewan agar mematuhi peraturan sepanjang persidangan ini,”, katanya dalam ucapannya perutusan Yang Dipertua Dewan dalam Persidangan kelima penggal kelima DUN Negeri Sembilan yang ke-14 di sini hari ini.

Jelas Zulkefly lagi, beliau juga berharap dapat berjumpa dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada persidangan penggal depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI