fbpx

Shinee akur, dengar keluhan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHINEE

SELEPAS dikecam berhubung pemilihan lokasi pertemuan yang tidak strategik, kumpulan Shinee akhirnya akur untuk menukar lokasi aktiviti perjumpaan dengan peminat sempena ulang tahun ke-15 karier seni mereka.

Pihak pengurusan SM Entertainment juga memohon maaf atas pemilihan Pusat Pameran Antarabangsa Korea di Ilsan sebagai lokasi pertemuan peminat sempena program Everyday Is Shinee Day: Piece Of Shinee

Rata-rata peminat mengeluh dengan pemilihan tempat di dewan Kintex kerana dikatakan menghalang pemandangan pentas.

Hasil perbincangan, mereka mengubah lokasi pertemuan ke Arena Jamsil, Seoul yang dikatakan mempunyai kapasiti lebih besar berbanding lokasi pertama. Pertemuan peminat tersebut juga ditambah sehari lagi iaitu pada 27 dan 28 Mei nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI