PUTRAJAYA – Rang Undang- Undang (RUU) Ombudsman Malaysia 2023 kini dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, RUU itu akan di bawa ke Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk pertimbangan dan kelulusan peringkat dasar.
Beliau berkata, pihaknya menyasarkan RUU Ombudsman itu dapat dibentang di Parlimen pada Oktober depan
“Ombudsman yang akan dicadangkan berfungsi menerima, mengendali dan menyelesaikan aduan berkaitan salah tadbiran sistem penyampaian perkhidmatan awam bagi meningkatkan tadbir urus yang baik.
“Kami telah melalukan beberapa pindaan dasar termasuk mewujudkan kuasa menyiasat dan memastikan jangka masa tidak terlalu lama diambil bagi nenangani setiap aduan orang awam,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Katanya, Ombudsman itu kelak mesti berfungsi sebagai badan bebas dan tidak boleh berfungsi macam agensi kerajaaan lain.
Azalina berkata, badan itu juga perlu
mewujudkan laporan tahunan untuk dibentang dan dibahaskan di Parlimen selain pelantikan anggota dicadangkan enam tahun dan tiada pelanjutan. – KOSMO! ONLINE