fbpx

RM30 juta hasil pelancongan Melaka dari Asia Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL RAZAK (tiga dari kiri) pada majlis menandatangani MoU antara Matta Melaka Chapter dan empat agensi pelancongan Asia Barat di Ayer Keroh, Melaka, hari ini. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/KOSMO!

MELAKA – Kedatangan pelancong Asia Barat ke Melaka dijangka meningkat sebanyak 20 peratus menjelang Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 berbanding hanya 15,000 pelawat pada tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, sasaran itu dapat dicapai melalui memorandum persefahaman (MoU) antara Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) dengan empat agensi pelancongan dari Asia Barat.

Menurut beliau, MoU berkenaan dijangka menghasilkan pendapatan sebanyak RM30 juta kepada sektor pelancongan Melaka pada akhir tahun hadapan dengan kehadiran pelawat mencecah 21,000 orang.

“Agensi pelancongan yang terlibat dengan MoU ini membabitkan Arab Saudi, Mesir, Jordan, Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), saya percaya menjelang TMM 2024 akan ada pertambahan pengunjung Asia Barat ke Melaka.

“Promosi yang kita buat di Arabian Travel Market (ATM) 2023 pada 30 April hingga 4 Mei lepas di Dubai telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan hari ini ejen-ejen Asia Barat yang berminat untuk bekerjasama dengan Matta Melaka Chapter hadir untuk memeterai MoU,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar majlis MoU antara Matta Melaka Chapter dan agensi pelancongan Asia Barat di sini, hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka, Sa’ari Basiron dan Pengerusi Matta Melaka Chapter, Goh Hock Gin.

Tambah Abdul Razak, MoU itu bertujuan untuk mempertingkatkan kerjasama dan memperluaskan jaringan pemasaran pelancongan antara ahli-ahli Matta Melaka Chapter dan agensi pelancongan Timur Tengah.

Katanya, usaha berkenaan akan memberi peluang menarik lebih banyak pelancong dari rantau tersebut, di samping memperkenalkan Melaka ke pasaran antarabangsa.

“Melaka bakal menjadi destinasi baharu buat pelancong Asia Barat kerana mereka biasanya tertumpu ke Kuala Lumpur, Pulau Langkawi, Kedah dan Pulau Pinang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI