fbpx

Remaja perempuan hilang ketika ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURYBALQIS yang dilaporkan hilang ketika pergi ke sekolahnya di Sekolah Menengah Sultan Abdul Jalil (SSAJ), Kluang semalam.

KLUANG – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang ketika pergi ke sekolah selepas dihantar ibunya awal pagi semalam.

Mohd. Bahrim Jayus, 52, berkata anaknya, Nurybalqis Nur Ain, 16, yang bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Abdul Jalil (SSAJ) ketika ibunya, Suhana Murah,44, ingin menjemput pulang selepas habis sesi persekolalan kira-kira pukul 3 petang.

Katanya, pada mulanya anak ketiga daripada tujuh adik beradik itu disangkakan bertugas di Perpustakaan Sekolah namun gagal ditemui sebelum terkejut apabila guru kelas menyatakan anaknya tidak hadir ke sekolah.

“Usaha selanjutnya dengan menemui rakan sekelas dan salah seorang daripada mereka menyatakan bahawa Balqis ada merancang untuk ke Perak pada hari Jumaat baru-baru ini.

“Seorang penduduk taman yang mengenalinya dalam pada itu berkata melihat anak saya berada di hadapan sebuah kedai dobi layan diri di hadapan SSAJ sambil memegang telefon bimbit seolah-olah sedang menunggu seseorang,” katanya ketika menghubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd. Bahrim turut mengharapkan orang ramai dapat membantunya sekiranya melihat kejadian kehilangan anaknya itu kerana percaya ada orang lain terlibat namun tidak pasti samada lelaki atau wanita.

Ujarnya lagi, mereka sekeluarga kini amat tertekan dengan kejadian ini kerana sepanjang tahun ini tiada perselisihan keluarga berlaku malah tidak ada tanda-tanda anaknya akan melakukan sesuatu diluar jangkaan ibu dan ayahnya.

“Jika ada sesiapa yang melihat kelibat anak saya diharapkan dapat menghubungi talian 011-12472971 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya,”katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh mengesahkan pihaknya ada menerima laporan tentang kehilangan wanita remaja itu semalam.

Katanya, siasatan sedang giat dijalankan bagi mengesan pelajar sekolah itu dan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab berkaitan kehilangannya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI