MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola enggan menyalahkan Ilkay Gundogan dan Erling Haaland atas kegagalan sepakan penalti ketika menang 2-1 ke atas Leeds United.
Walaupun Haaland menjadi pilihan dan berpeluang merekodkan jaringan ke-51 musim ini, Guardiola turut memuji sikap penyerang Norway itu yang tidak terlalu tamak dan mementingkan rakan sepasukan dengan beri peluang Gundogan lengkapkan hatrik.
Ketika gelagatnya sedikit marah ketika keputusan Haaland memberikan bola kepada Gundogan untuk mengambil sepakan penalti, Guardiola akhirnya kembali tenang dan enggan menyalahkan dua pemainnya itu.
“Persembahan cukup baik dan saya tidak akan menerangkan perasaan kerana pada dasarnya kami sudah pun bermain cemerlang. Siapa boleh jangka jika Erling yang ambil sepakan itu dia juga akan gagal.
“Apa pula akan berlaku jika Riyad Mahrez ambil tugasan itu dan dia juga gagal? Begitu juga dengan Ilkay Gundogan tetapi ia menunjukkan siapa Erling yang sebenar, walaupun dia mahu menjaringkan gol, pada masa sama dia sentiasa pentingkan rakan sepasukannya.
“Dia seorang pemain yang baik dan saya cukup faham dengan kedua-dua pemain. Ilkay tidak pernah lakukan hatrik dan dia begitu mahukannya,” katanya.
Gundogan muncul wira City dengan menyumbangkan kedua-dua gol, namun dihimpit kecewa kerana sepakan penaltinya diselamatkan Joel Robles dan selang seminit selepas insiden itu, Rodrigo berjaya meledak gol sagu hati buat Leeds United.– AGENSI