fbpx

Pas Selangor sahkan terima permohonan tokoh politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Yunus ketika berucap pada majlis tersebut di ibu pejabat Pas Selangor, Shah Alam, malam tadi

SHAH ALAM – Pas Selangor mengesahkan menerima permohonan daripada bekas pemimpin politik termasuk nama besar bagi menyertai parti itu di negeri ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi bagaimanapun enggan mendedahkan identiti tokoh berkenaan kerana keputusan sama ada mereka diterima menjadi ahli Pas atau akan diputuskan oleh kepimpinan Pas Pusat.

Katanya, pengumuman mengenainya akan diadakan dalam satu majlis pada waktu terdekat.

“Ada (terima permohonan bekas pemimpin politik) tetapi saya tidak boleh sebut ketika ini kerana hal ini adalah rahsia.

“(Sekiranya permohonan tokoh politik diterima) kami akan buat pengumuman nanti,” katanya selepas menghadiri majlis Aidilfitri Pas Selangor di pekarangan ibu pejabat Pas Selangor, di sini, malam tadi.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor selain bekas Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim serta bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Ditanya sama ada adakah ketiga-tiga bekas ahli UMNO ini merupakan individu yang menghantar borang berkenaan, Ahmad Yunus yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat itu meminta pihak media menunggu pengumuman yang akan dibuat Pas Selangor kelak.

Sementara itu, Annuar Musa ketika ditemui enggan mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa beliau akan menyertai Pas.

“Belum masanya untuk saya ulas perkara ini,” katanya ringkas. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI