fbpx

Orang ramai keluar mengundi awal di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG RAMAI beratur untuk membuang undi awal di sebuah pusat pembuangan undi di luar Wat That Thong, Bangkok, semalam. – AFP

BANGKOK – Rakyat Thailand beratur di bawah panas terik matahari di luar kuil, pusat beli-belah dan sekolah untuk membuang undi awal semalam,  menjelang pilihan raya umum yang dinanti-nantikan pada minggu hadapan.

Lebih dua juta orang di seluruh negara berdaftar untuk mengundi awal menjelang pilihan raya pada 14 Mei ini yang menyaksikan pertembungan antara parti politik yang disokong tentera dan kebangkitan gerakan pembangkang.

Menurut tinjauan pendapat baru-baru ini, sokongan kepada Perdana Menteri Prayut Chan-o-Cha yang mengambil alih kuasa dalam kudeta 2014 sebelum mengukuhkan penguasaan beliau menerusi pilihan raya kontroversi pada 2019, telah merosot.

Tinjauan pendapat sama menyatakan, rakyat lebih cenderung menyokong pembangkang sekian lama, Parti  Pheu Thai dan Parti Move Forward yang lebih radikal.

Bagaimanapun, ekoran sistem pilihan raya Thai yang banyak memihak kepada parti disokong tentera, pembangkang perlu mendapat kemenangan besar untuk mempunyai harapan membentuk kerajaan seterusnya.

“Saya harap pilihan raya ini akan mengubah negara ke arah lebih baik,” kata pekerja pusat beli-belah Srisuda Wongsa-ad, 28, selepas membuang undi.

Dia merupakan  antara ratusan pengundi yang beratur di pusat-pusat  mengundi di daerah Ekkamai , Bangkok.

Antara pencabar  kerusi Perdana Menteri dalam pilihan raya kali termasuk Paetongtarn Shinawatra daripada Parti Pheu Thai. Beliau  juga  merupakan anak perempuan kepada  bekas perdana menteri,  Thaksin Shinawatra.

Bagaimanapun, tinjauan pendapat mendapati Paetongtarn telah dipintas sebagai calon Perdana Menteri oleh ketua Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat

Sesi membuang undi awal ditutup pukul 5.00 petang (waktu tempatan). Sementara itu, polis memberitahu media tempatan kelmarin bahawa sekitar  3,000 anggotanya akan ditugaskan mengawal pembuangan undi awal di seluruh  Bangkok

Sejumlah 100,000 rakyat Thai yang tinggal di luar negara juga akan mengundi  awal dengan sesetengah mereka sudah berbuat demikian.

Lebih 52 juta rakyat Thailand layak mengundi dalam pilihan raya umum kali ini. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI