PENYANYI Nick Jonas sering dilihat romantik bersama isterinya iaitu jelitawan, Priyanka Chopra. Ujar penyanyi berusia 30 tahun itu, dia tidak mempunyai apa-apa rahsia apabila orang ramai menganggap rumah tangga yang dibina dengan pemenang bekas ratu cantik dunia itu selalu kelihatan bahagia dan damai.
Bagaimanapun, dedah Jonas, dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dengan melayani isteri umpama seorang ratu.
“Saya tidak ada apa-apa rahsia tentang menjaga keharmonian rumah tangga. Tapi apa yang saya lakukan hanyalah melayan isteri umapama seorang ratu,” katanya.
Tambah Jonas, dia berasa bahagia melakukan perkara tersebut, lebih-lebih lagi selepas dikurniakan cahaya mata sulung, Malti tahun lalu.
Layanan diberikan Jonas terhadap isterinya turut membuatkan wanita itu bahagia, malah mengakui Priyanka sangat beruntung mempunyai suami sepertinya.
“Suami saya adalah lelaki yang paling baik, dermawan, lembut dan bijaksana. Malah, dia juga sering layan saya seperti seorang ratu,” ujar Priyanka.