fbpx

Misteri kehilangan lebih 20 ekor lembu terjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Hazwan melihat lembu ternakannya di kandangnya di ladang kelapa sawit Perlop 3, Lasah dekat Sungai Siput hari ini.

SUNGAI SIPUT – Misteri kehilangan lebih 20 ekor lembu milik penternak di Ladang Perlop 3, Lasah di sini sejak bulan lalu terjawab dengan penemuan bangkai haiwan ternakan itu dipercayai dibaham harimau belang.

Penternak, Mohd. Hazwan Ramli, 35, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas menemui tapak kaki haiwan buas itu berhampiran bangkai anak lembu pukul 8.30 pagi, semalam.

“Sejak bulan puasa lagi banyak lembu yang hilang, lebih 20 ekor termasuk semalam. Sebelum ini, saya hanya jumpa tulang sahaja tetapi semalam bangkai anak lembu separuh badan.

“Memang sejak awal lagi saya syak harimau sebab nampak kesan tapak kaki haiwan liar itu. Saya yakin kehilangan semua ternakan tersebut angkara ‘pak belang’,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Hazwan, selain terpaksa menanggung kerugian lebih RM50,000, dia diselubungi perasaan bimbang diserang haiwan itu ketika menguruskan ternakannya di kandang.

Bagaimanapun katanya, setakat ini, dia tidak pernah terserempak mahupun mendengar bunyi ngauman haiwan itu.

“Saya yakin harimau itu masih berkeliaran di kawasan ladang kelapa sawit ini. Malah sejak kejadian itu, banyak lembu tidak berada di kandang sebaliknya ‘lari’ ke kampung Orang Asli berhampiran.

“Saya pernah juga buat rondaan, tetapi tidak pernah pula terserempak,” katanya yang mempunyai lebih 100 haiwan ternakan termasuk lembu, kambing dan kerbau.

Tambahnya, laporan telah pun dibuat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak dan berharap tindakan segera diambil pihak berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI