fbpx

Lebih 40 peratus tenaga buruh tiada perlindungan persaraan, pencen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI BULOH – Lebih 40 peratus tenaga buruh dilaporkan tidak mempunyai perlindungan di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Skim Pencen Perkhidmatan Awam.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir berkata, majoriti tenaga buruh yang tidak dilindungi adalah pekerjaan tidak formal termasuk pekerja bebas dan bekerja sendiri.

“Ketika ini, hanya 56 peratus daripada 16.7 juta tenaga buruh mendapat perlindungan di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Skim Pencen Perkhidmatan Awam.

“Kadar ini lebih rendah berbanding dengan kadar purata liputan global yang berada pada 68 peratus,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Menara KWSP di Kwasa Damansara, di sini hari ini.

Justeru, Ahmad Badri berkata, terdapat tiga perkara utama yang dilakukan KWSP dalam usaha memastikan tiada rakyat Malaysia ketinggalan dalam perlindungan sosial.

“Pertama, membantu menjamin kecukupan simpanan hari tua. Kedua, memperluaskan perlindungan KWSP meliputi golongan pekerja di luar sektor formal seperti pekerja sektor gig, pemilik perniagaan dan golongan bekerja sendiri atau pekerja bebas.

“Ketiga, menjana pendapatan pelaburan yang mampan dan berupaya menambah nilai ke atas simpanan persaraan ahli,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI