fbpx

Kesesakan di Lebuh Raya Pasir Gudang bakal berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER diberi penerangan mengenai kerja pelebaran melibatkan laluan sepanjang 5.5 kilometer itu bagi kerja naik taraf Fasa 2B Lebuh Raya Pasir Gudang ketika mengadakan lawatan di Pasir Gudang, Johor hari ini. Foto RAJA JAAFAR RAJA ALI

JOHOR BAHRU – Kesesakan jalan di Lebuh Raya Pasir Gudang khususnya dari Persimpangan Bandar Seri Alam / Taman Rinting ke Persimpangan Pasir Gudang di sini dijangka akan berakhir menjelang Oktober 2025.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ketika ini kerja pelebaran melibatkan laluan sepanjang 5.5 kilometer itu bagi kerja naik taraf Fasa 2B lebuh raga tersebut sedang giat dijalankan.

Manakala katanya, fasa terakhir iaitu Fasa 3 melibatkan laluan dari Persimpangan Bertingkat Perling ke susur Lebuh Raya Utara Selatan juga telah diluluskan di bawah Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Ke-12.

“Kerja naik taraf Lebuh Raya Pasir Gudang Fasa 3 kini di peringkat perancangan bagi pengesahan skop dan kos keseluruhan projek dan dijangka mula dilaksana pada Ogos 2023.

“Apabila kerja naik taraf ini siap kelak, kita jangka akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan yang kerap dilaporkan berlaku di lebuhraya ini, khususnya di kawasan yang masih dua lorong.

“Ini kerana sekiranya kerja pelebaran jalan telah dibuat sepenuhnya, lebih banyak kenderaan dapat lalu jadi sepatutnya kurang sesak, namun untuk mengatakan tidak akan berlaku kesesakan langsung itu tidak boleh dijangka,” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Lebuhraya Pasir Gudang, di Persimpangan Bandar Seri Alam / Taman Rinting, di sini hari ini.

Tambah Alexander, kerja menaik taraf Fasa 2B dan Fasa 3 itu melibatkan pelebaran jalan sepanjang 12.5 kilometer yang merupakan kesinambungannya Fasa 1 dan Fasa 2A yang masing-masing siap pada 2016 dan 2018.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI