fbpx

Kane pintas status legenda Rooney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE memintas Rooney sebagai penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman EPL selepas meledak satu jaringan ketika menewaskan Palace 1-0 di Stadium Tottenham Hotspur kelmarin. – AFP

LONDON – Penyerang prolifik Tottenham Hotspur, Harry Kane merampas status legenda Manchester United, Wayne Rooney sebagai penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kane kini mengumpul 209 koleksi gol dalam kancah EPL selepas meledak satu jaringan ketika membantu Spurs menewaskan Crystal Palace 1-0 di Stadium Tottenham Hotspur kelmarin.

Kapten England ber­usia 29 tahun itu kini memintas Rooney yang menja­ringkan 208 gol ketika bersama Manchester United dari 2004 hingga 2017 selain tiga musimnya dengan Everton.

Kini, tidak mustahil buat Kane untuk meneruskan rekod hebatnya itu dengan memintas jumlah jaringan terbanyak sepanjang zaman EPL yang masih dipegang legenda Newcastle United, Alan Shearer dengan 260 gol.

Pengurus Palace, Roy Hodgson percaya Kane mampu untuk melakukannya biarpun sekiranya masih terus menyarung jersi Spurs selepas ini.

“Kita semua tahu bagaimana hebatnya Kane apabila berada di udara dan hari ini dia membuktikannya sekali lagi. Tandukannya itu membolehkan mereka memenangi perlawanan ini.

“Saya merasakan umurnya masih muda dan Alan (Shearer) sudah tentu bimbang kerana rekodnya mampu dipecahkan oleh Kane tidak lama lagi,” kata Hodgson.

Sebagai rekod, Hodgson adalah individu yang bertangungjawab memberikan debut antarabangsa kepada Kane pada 2015 ketika tempohnya sebagai pengurus England. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI