fbpx

Jurugambar bebas kesal individu menyamar dirinya kebas duit rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YI HANG (kanan) menunjukkan perbualan rakannya yang ditipu seorang individu menyamar sebagai dirinya dalam sidang akhbar yang diadakan, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang jurugambar bebas kecewa selepas pihak tidak dikenali menggunakan identitinya untuk menjalankan kegiatan jenayah dengan menipu wang rakannya.

Jurugambar tersebut, See Yi Hang, 29, berkata, dia hanya mendapat tahu berhubung perkara itu selepas rakannya, Helen, memaklumkan berhubung perkara tersebut.

Katanya, sebelum itu, Helen telah bertindak memindahkan wang sebanyak S$2,000 (RM6,695) kepada individu tidak dikenali tersebut.

“Rakan saya (Helen) menerima panggilan telefon daripada orang tidak dikenali yang menyamar sebagai diri saya Sabtu lalu. Orang itu memberitahu Helen saya telah menggunakan nombor telefon baharu dan memerlukan pertolongannya.

“Individu berkaitan meminta bantuan Helen untuk membuat pindahan wang melalui bank sebanyak S$3,800 (RM12,733) kepada orang lain yang bernama dipanggil Gary.

“Individu itu mendakwa saya mempunyai masalah dengan perkhidmatan bank sehingga tidak dapat melakukan transaksi itu sendiri,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Kelab Akhbar Cina Selatan, di sini hari ini.

Tambah Yi Hang, Helen menurut permintaan tersebut kerana menyangka memang saya yang membuat panggilan dan pertolongan tersebut kerana bunyi suara hampir sama.

“Bagaimanapun, Helen hanya boleh memindahkan sebanyak S$2,000 (RM6,695) kerana had harian akaun banknya jadi dia menghubungi semula nombor telefon itu untuk memaklumkan perkara tersebut namun gagal dihubungi.

“Ketika itulah dia rasa ada sesuatu yang tidak kena dan memutuskan untuk menghubungi saya melalui e-mel untuk mendapatkan kepastian,” jelasnya.

Yi Hang turut memberitahu, dia segera menghubungi Helen untuk menghalangnya daripada melakukan pemindahan bank selanjutnya kerana dia tidak pernah meminta wang daripada sesiapa.

Yi Hang turut membuat laporan polis di Balai Polis Setia Indah, dekat sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Chua Jian Boon memberitahu, orang ramai diminta untuk lebih berhati-hati dalam melaksanakan pemindahan wang.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI