fbpx

Jet MiG langgar rumah, dua terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 20 Februari 2019 menunjukkan sebuah jet MiG-21 milik IAF terbang di ruang udara Bangalore. – AFP

NEW DELHI, India – Dua orang di darat meninggal dunia selepas sebuah jet MiG-21 buatan Russia terhempas di sebuah rumah di India hari ini, kata polis.

“Juruterbang telah diselamatkan. MiG itu merempuh sebuah rumah. Dua orang terbunuh. Tiga lagi mangsa cedera,” kata pegawai polis, Sudhir Chaudhary kepada AFP selepas nahas berlaku di negeri Rajasthan, barat India.

Tentera Udara India (IAF) mengesahkan nahas tersebut dan juruterbangnya sempat menggunakan kerusi anjal.

“Sebuah pesawat MiG-21 milik IAF terhempas dekat Suratgarh semasa latihan rutin pagi ini.

“Juruterbang berjaya keluar dan hanya mengalami cedera ringan. Siasatan dilancarkan untuk mengenal pasti punca kemalangan,”kata IAF dalam satu kenyataan di laman Twitter.

Pada Julai 2022, dua juruterbang IAF terbunuh apabila sebuah MiG-21 terhempas semasa latihan mengebom di Rajasthan. 

Nahas itu adalah yang keenam melibatkan pesawat MiG-21  sejak Januari 2021 dengan lima juruterbang terbunuh.

Jet MiG-21 buatan Russia memulakan perkhidmatan di India dalam tahun 1960-an dan menjadi tulang belakang tentera udara negara itu selama berdekad-dekad.  – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI