PHNOM PENH – Jaguh baling tukul besi wanita negara, Grace Wong menyumbang pingat emas ke-7 buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 selepas membuat lontaran 61.87m.
Lebih manis, rakan sepasukan, Nurul Hidayah Lukman melengkapkan kedudukan podium dengan meraih pingat gangsa pada aksi di Stadium Nasional, Merodok Techo .
“Saya sangat gembira dengan kemenangan di sini. Mungkin keadaan cuaca yang panas buatkan saya selesa untuk berikan yang terbaik,” katanya yang turut pecahkan rekod kejohanan dwitahunan itu. – KOSMO! ONLINE