fbpx

Bomba selamatkan harta RM5.5 bilion dalam 3 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN bomba sentiasa komited untuk menyelamatkan harta benda awam yang terbakar. – GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan harta dengan nilai anggaran RM5.5 ­bilion dalam kejadian kebakaran di seluruh negara dalam tempoh tiga bulan sejak Januari lalu.

Pengarah Operasinya, Datuk Ahmad Izram Osman berkata, pihaknya turut merekodkan kerugian sebanyak RM847,297 juta bagi tempoh sama.

“Ini bermakna, harta rakyat yang kita berjaya selamatkan adalah berkali ganda berban­ding kerugian yang dialami mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Kosmo! di Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 di sini baru-baru ini.

Menurutnya, bagi tempoh yang sama juga, JBPM menerima sebanyak 31,108 kes membabitkan pelbagai jenis insiden kebakaran serta penyelamatan di negara ini.

“Dalam tempoh tersebut, pihak kami berjaya menyelamatkan 416 mangsa kebakaran, manakala yang mengalami kecederaan pula 104 orang dan maut (27).

Sementara itu, berhubung pembakaran terbuka, Ahmad Izaram menasihati orang ramai untuk mengelakkan daripada melakukan aktiviti pembakaran terbuka serta melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ia berlaku di kawasan mereka.

“Sampah sarap organik sememangnya boleh ditanam dan direputkan untuk dijadikan baja tanaman.

“Selain itu, orang ramai juga boleh mengamalkan program kitar semula bagi mengelakkan mereka daripada melakukan pembakaran terbuka secara berleluasa seperti yang berlaku di beberapa lokasi,” ujarnya.

Tambahnya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini termasuk pemakluman status gelombang haba ­me­lalui pelbagai medium antaranya aplikasi MyCuaca serta Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

Dalam pada itu, beliau turut mengajak orang ramai untuk hadir pada Sambutan Hari Bomba Sedunia yang akan berlangsung di Melaka pada 14 Mei nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI