fbpx

Berantai, tayang bulu dada, peminat mahu Naufal yang dulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAUFAL AZRIN

PETALING JAYA – Penampilan penyanyi Naufal Azrin di konsert minggu pertama Big Stage musim kelima (BS5) malam tadi membuatkan segelintir peminatnya berasa kecewa.

Bukan kerana gagal mempamerkan persembahan yang mantap, sebaliknya peminat menyuarakan rasa kecewa selepas penyanyi bertubuh genit itu tampil dengan imej memakai rantai selain pakaiannya yang mendedahkan bahagian dada.

Ketika konsert yang berlangsung di Dewan Majlis MBSA, Shah Alam, malam tadi, Naufal yang menyanyikan lagu ‘berhantunya’, Casablanca secara solo menggayakan persalinan sut berwarna merah.

Tampil dengan warna seluar senada, penyanyi berusia 23 tahun itu bagaimanapun hanya menyarung sut tanpa baju sehingga menampakkan bahagian dadanya, selain turut mengenakan rantai sebagai aksesori.

Penampilan ‘berani’ pasangan duet Nuha Bahrin itu sekali gus menarik perhatian peminatnya yang kecewa selepas penyanyi itu sering dilabel sebagai artis contoh kerana berlatar belakangkan pendidikan agama.

Dalam Instagram miliknya, Naufal telah dihujani dengan pelbagai komen kekecewaan oleh peminatnya yang mahukan dirinya kembali dengan imej seperti dahulu.

“Nak Naufal Azrin yang dulu,” luah seorang peminatnya.

“Kenal Naufal yang dulu bukan begini orangnya. Apa-apa pu kita doakan yang terbaik untuk dia. Iman kita turun naik,” kata seorang lagi peminatnya.

“Haram bagi seorang lelaki memakai rantai,” tegur seorang pengguna Instagram.

Ketika konsert pengenalan BS5 malam tadi, Naufal berada di kedudukan keempat dengan memperoleh markah sebanyak 75.67 peratus.

Untuk maklumat, Naufal yang merupakan bekas pelajar di sekolah Maahad Tahfiz Imam Syafie di Hulu Kelang, Selangor mula berkecimpung dalam bidang muzik sejak berusia 9 tahun dengan memilih genre nasyid.

Pada tahun 2019, dia menyertai kumpulan nasyid Zayne yang ditubuhkan sebagai anak didik kumpulan nasyid terkenal, Inteam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI