fbpx

Assalamualaikum tunang, waalaikumussalam encik tunang – Shuib, Watie berbalas salam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAWAK Shuib selamat mengikat tali pertunangan bersama Watie Hanifiah pada 6 Mei lalu.

PETALING JAYA – Pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu menuai perhatian ramai apabila secara rasmi membahasakan wanita pilihannya, Watie Hanifiah sebagai tunang.

Perkara tersebut dikongsikan Shuib dalam ruangan komen sebuah hantaran Instagram milik Watie semalam.

“Assalamualaikum tunang,” komen pemilik nama penuh Shahmira Muhamad itu.

Dalam hantaran sama, Watie, 35, yang memuat naik fotonya menyarung sebentuk cincin emas pula berpendapat aturan hidupnya hari ini sudah ditetapkan oleh Tuhan dan hanya perlu belajar untuk mempercayai proses tersebut.

“Allah SWT sudah menetapkan masa yang tepat untuk semua perkara.

“Kita tidak perlu memahami hikmah disebaliknya tetapi belajar untuk mempercayainya,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Selain itu, Watie turut memberi salam dengan menggelar Shuib sebagai ‘Encik Tunang’.

“Assalamualaikum Encik Tunang,” ujarnya.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar hubungan pasangan tersebut dipelihara oleh Tuhan selain tidak sabar melihat mereka bersanding di atas pelamin.

Malah, terdapat juga yang meminta Shuib dan Watie bersabar sekiranya dihambat dengan sebarang kecaman.

“Tahniah Shuib dan Watie. Tak faham individu yang mengecam sedangkan mereka bukan buat maksiat,” komen netizen.

“Semoga ikatan yang terjalin berkekalan sehingga ke akhir hayat. Tak sabar menanti 23 Jun depan,” kata seornag lagi pengikut Instagram.

Pada 6 Mei lalu, Shuib mengejutkan ramai apabila mengikat tali pertunangan dengan Watie dalam sebuah majlis tertutup di kediaman wanita tersebut di Shah Alam.

Menerusi perkahwinan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan berusia setahun lima bulan.

Pada 8 Ogos 2021, industri hiburan tanah air digemparkan dengan berita kematian Siti Sarah akibat jangkitan Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI