fbpx

20 pelajar terima sumbangan CSR PTPTN RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Yusof Apdal (belakang, empat dari kiri) dan Ahmad Dasuki Abdul Majid (belakang, tiga dari kiri) menyantuni dan menyampaikan sumbangan akaun Simpan SSPN Prime kepada pelajar istimewa di Royale Chulan Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA – Seramai 20 pelajar istimewa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) telah menerima sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM10,000 dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sumbangan tersebut telah diagihkan bersempena Majlis Mesra Bersama Pelanggan 2023 yang diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur hari ini di mana 20 orang pelajar istimewa tersebut merupakan 10 orang pelajar UIAM dan 10 orang pelajar lagi adalah dari UM.

PTPTN melalui satu kenyataan berkata, UIAM dan UM telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan PTPTN dan sumbangan ini merupakan salah satu bentuk kerjasama strategik tanda keprihatinan PTPTN dalam aspek pendidikan.

“PTPTN mengalu-alukan semua pihak untuk meneroka pelbagai bentuk kerjasama yang lebih bersepadu bersama PTPTN bagi kepentingan negara dengan menjadikan
Simpan SSPN sebagai pilihan utama untuk pemberian sumbangan dalam memartabatkan pendidikan tinggi negara.

“Ia sekali gus akan membantu meningkatkan kesedaran budaya menabung bagi tujuan pendidikan tinggi,” jelas kenyataan tersebut hari ini.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Mohammad Yusof Apdal, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, Lembaga Pengurusan PTPTN serta Pengurusan Tertinggi KPT.

Dalam pada itu, PTPTN juga sentiasa komited agar masyarakat Malaysia mengutamakan perancangan kewangan untuk kelangsungan pendidikan tinggi anak-anak.

“Menjadi hasrat PTPTN untuk mentransformasikan minda masyarakat dari hanya bergantung kepada pinjaman kepada membudayakan penabungan agar anak-anak tidak dibelenggu hutang setelah tamat pengajian,” jelas kenyataan itu lagi.

Simpan SSPN merupakan produk simpanan pendidikan yang menyediakan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada masyarakat Malaysia.

Antara kelebihanvproduk ini ialah kadar dividen yang kompetitif, pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih hingga RM8,000 setahun, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, perlindungan takaful secara percuma dan simpanan dijamin kerajaan serta patuh syariah.

Simpan SSPN turut menawarkan pelbagai kempen yang menarik dan bagi memeriahkan sambutan hari raya pada tahun ini sedang berlangsung Kempen Cabutan
WOW! Syoknya Raya untuk pendeposit Simpan SSPN bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2023.

Hadiah wang tunai berjumlah hampir RM50,000 menanti 23 pemenang. Pembukaan akaun dan penambahan simpanan boleh dibuat melalui aplikasi myPTPTN
dengan mudah, cepat dan selamat. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI