fbpx

Zii Jia beri kriteria awal jurulatih baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA bakal dilatih oleh seorang individu yang pernah menghasilkan pemain sehingga bergelar juara sebelum ini. - AFP

KUALA LUMPUR – Jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia memberikan bayangan awal jurulatih baharu yang akan bersamanya menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.

Pemain di ranking kelapan dunia itu cuma berkongsi satu kriteria mengenai individu tersebut tanpa mengulas lebih lanjut sama ada calon tempatan atau luar negara kerana masih mempunyai beberapa pilihan lain.

Zii Jia, 25, sebelum ini mengakui, sedang berusaha mendapatkan jurulatih bukan disebabkan desakan pelbagai pihak tetapi ia adalah inisiatif daripada pasukannya sendiri, Team LZJ.

“Kami masih dalam proses untuk (melantik) jurulatih itu. Ada beberapa calon dan apabila disahkan nanti, saya akan beri tahu.

“Apa yang boleh (saya) sahkan, dia (jurulatih baharu) ada melatih pemain jadi juara, itu saya boleh sahkan,” kat Zii Jia kepada media pada edisi kedua Piala Presiden di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

ZII JIA sudah bersedia untuk menghadapi Piala Sudirman selepas menang ke atas Tze Yong dalam aksi Piala Presiden di Stadium Juara hari ini. – BAM

Saingan Piala Presiden itu merupakan perlawanan simulasi sebelum barisan pemain berlepas menghadapi Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China yang akan berlangsung 14 hingga 21 Mei ini.

Zii Jia dilihat sudah bersedia menghadapi Piala Sudirman yang merupakan kejohanan pertamanya untuk mengutip mata kelayakan ke Olimpik Paris 2024.

Ia berdasarkan prestasinya ketika menewaskan Ng Tze Yong 21-8, 18-21, 21-12 untuk memberikan kemenangan kedua buat Team Tigers yang terdahulu meraih mata pertama menerusi Kee Is Qian menewaskan Goh Jin Wei.

Team Tigers meraih dua lagi mata menerusi kemenangan M. Thinaah-Go Pei Lee ke atas Tan Wei Liang-Teoh Mei Xing 10-21, 21-18, 21-18 dan Teo Ee Yi-Soh Wooi Yik menewaskan Aaron Chia-Ong Yew Sin 21-13, 21-19.

Team Eagles akhirnya berjaya mendapatkan kemenangan tunggal pada perlawanan terakhir selepas Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan Goh Soon Huat-Shevon Lai 21-17, 17-21, 21-12. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI