fbpx

Wajah dikritik pelik, Fatiya naik berang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wajah dikutuk pelik, Fatiya meluahkan kemarahanya menerusi InstaStory.

SEJAK kebelakangan ini kerap juga Diva terbaca kisah tentang perubahan wajah si cantik, Fatiya Latiff.

Memang macam-macam komen ‘seram’ dilemparkan netizen terhadapnya tanpa usul periksa.

Bagi Diva, perkara itu normal memandangkan usia Fatiya pun semakin meningkat, jadi memang akan berlaku perubahan pada wajah dan bentuk fizikalnya.

Barangkali geram kerana kerap dilemparkan dengan pelbagai tuduhan tak berasas, Fatiya menegaskan dia gembira dengan rupa parasnya ketika ini.

“Apa salahnya jika wajah saya kelihatan berbeza?

“Adakah anda pernah dengar tentang teknik solekan dan rawatan estetik? Saya gembira dengan penampilan saya ketika ini,” katanya.

Betul juga apa yang Fatiya cakap. Teknik solekan dan rawatan estetik boleh membuatkan wajah seseorang nampak berbeza.

DIVA: Gigihnya Fasha tak makan ayam dan daging semata-mata demi nak kurus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI