fbpx

Ular sawa batik 40 kg ditangkap lepas baham ayam hutan dalam reban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM dan pemilik ayam hutan (tengah) menunjukkan seekor ular sawa batik yang ditangkap di bawah reban di Kampung Pengkalan Nangka, Kota Bharu hari ini. FOTO IHSAN APM

KOTA BHARU – Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berhempas pulas lebih kurang 40 minit untuk menangkap seekor ular sawa batik seberat 40 kilogram di sebuah reban ayam penduduk di Kampung Pengkalan Nangka di sini hari ini.

Jurucakap APM Kota Bharu berkata, kesukaran itu berikutan reptilia sepanjang tiga meter itu bersembunyi di bahagian bawah reban selepas kekenyangan membaham seekor ayam hutan.

Katanya, kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi itu disedari oleh seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an ketika hendak memberi makan kepada ayam tersebut.

“Tiga anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.52 pagi.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, ular tersebut yang berada dalam kekenyangan berlindung di celah zink bahagian bawah reban, ” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, ular itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI