fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Saiful sumbang pingat emas ke-6 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful mencipta kejutan apabila mudah mendominasi acara individu lelaki sebentar tadi. - Grafik ihsan MSN

PHNOM PENH – Kontinjen Malaysia ‘tutup’ hari kedua temasya Sukan SEA Kemboja 2023 dengan meraih pingat emas selepas atlet petanque negara, Saiful Bahri Musmin mendominasi acara individu sebentar tadi.

Saiful tidak mempunyai masalah untuk merekodkan kemenangan 13-9 ke atas wakil Laous, Bountamy Southammavong pada saingan yang berlangsung di Kompleks Olimpik Petanque.

Terdahulu, atlet karate negara, H. Sureeya Sankar berjaya meraih pingat emas ke-3 buat kontinjen Malaysia selepas menewaskan juara bertahan, Ari Saputra dari Indonesia untuk menang acara Kumite 60kg hari ini.

Jaguh karate berpengalaman, R. Sharmendran berjaya meraih pingat emas ke-4 temasya Sukan SEA Kemboja 2023 buat kontinjen Malaysia selepas menewaskan wakil tuan rumah, Sot Phanith untuk menang acara Kumite 67kg.

Atlet silat negara yang juga adik beradik kembar, Muhammad Danial Azray dan Muhammad Danial Azrol Noorazizan menyumbangkan pingat emas ke-5 selepas menang saingan ganda putera dengan semua keputusan cemerlang itu hadir di venue Pusat Konvensyen Chroy Changvar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI