fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Lari berhalangan sumbang lagi dua pingat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad lari berhalangan lelaki dan wanita negara telah menyumbangkan dua lagi kilaun pingat pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 pagi tadi. - Foto oleh MUHD. ARDIE PUTRA SUHAIMI

PHNOM PENH – Harapan skuad lelaki lari berhalangan negara untuk menyumbangkan pingat emas tidak kesampaian selepas tewas kepada Filipina pada aksi final acara berganti-ganti di Pusat Konvensyen Chroy Changvar.

Kuartet lelaki kebangsaan yang diwakili oleh Mohd Redha Rozlan, Yoong Wei Theng, Nuur Hafis Said Alwi dan Ghalib Mohamad Azimi terpaksa akur selepas merekodkan catatan masa 25.159 saat.

“Saya berpuas hati dengan prestasi rakan sepasukan meskipun pada penghujung larian ada hiccup (kesilapan) sedikit kerana. Namun, saya gembira apabila kita masih dapat meraih pingat perak,” kata wakil skaud lelaki, Mohd. Redha sebentar tadi.

Skuad lari berhalangan negara telah menyumbangkan keseluruhan tiga pingat gangsa dan satu perak selepas skuad wanita berpasukan turut meraih pingat gangsa pada penentuan tempat ketiga pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI