PHNOM PENH – Skuad hoki dalam dewan kebangsaan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak Sukan SEA Kemboja 2023 selepas tewas pada aksi final bagi acara lelaki dan wanita di Dinosaur Park Hall, Phnom Penh petang tadi.
Skuad wanita negara tewas 1-2 kepada Thailand juga menerusi penentuan shoot-out selepas aksi final yang berlangsung di Dinosaur Park Hall berkesudahan seri tanpa jaringan.
Dalam penentuan shoot-out, Iren Hussin dan Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun gagal menyudahkan pukulan masing-masing sekali gus menyaksikan gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi skuad negara pada edisi 2019 di Filipina.
Terdahulu, skuad lelaki turu gagal mempertahankan pingat emas di pentas Sukan SEA apabila tewas 1-2 kepada Indonesia menerusi penentuan shoot-out di gelanggang sama.
Kapten skuad negara, Muhammad Aslam Mohamed Hanafiah tidak dapat menyembunyikanm perasaan sedih dengan dia kelihatan sebak ketika ditemu bual media selepas perlawanan.
“Kami sudah melakukan yang terbaik, tetapi bukan rezeki kami untuk kali ini. Mungkin ada sedikit kelekaan di bahagian pertahanan, dan mungkin sebab itu kita bolos saat akhir,” katanya. – KOSMO! ONLINE