fbpx

‘Semua usaha kerajaan dipertikaikan’ – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFIZI

PETALING JAYA – Segala usaha kerajaan ketika ini dalam memulihkan kembali ekonomi negara sering dipertikaikan segelintir pihak.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, semua inisiatif kerajaan juga tidak disambut baik oleh pihak berkenaan.

Perkara itu dipercayai ditujukan kepada kepada parti pembangkang, Perikatan Nasional (PN) yang didakwa mempertikaikan usaha yang dibuat pihak kerajaan.

“Apabila kerajaan mempunyai strategi untuk meningkatkan ekonomi digital, dia pertikai itu bukan untuk rakyat kebanyakan.

“Bila kerajaan buat Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi peluang ekonomi kepada miskin tegar dan B40, dia pulak tak nak sambut,” katanya dalam hantaran di Twitter, semalam.

Dalam pada itu, Rafizi turut menyindir pihak pembangkang yang sebelum ini didakwa tidak membawa idea baharu selain memutuskan untuk menggantung Parlimen.

“Kita boleh duduk bawah tempurung, tetapi jangan berbangga tunjuk pada semua orang.

“Bagi pihak (yang) mempertikai, agaknya jadi kerajaan ini hanya berfungsi kalau tak bawa idea baharu, gantung Parlimen dan hanya keluarkan kenyataan,” ujarnya.

Untuk rekod, ketika era pentadbiran PN, Parlimen digantung selama lebih enam bulan susulan Proklamasi dan Ordinan Darurat pada 12 Januari 2021 ekoran penularan Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI