SEDANG enak-enak menikmati saki-baki kuih tat nanas sambil ‘layan’ TikTok, tiba-tiba tertengok pula sebuah video memaparkan salah seorang anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo sedang melentik-lentik menari.
Bukan main ligat lagi macam cacing kepanasan. Naik berbulu pula mata Diva melihat aksi Sabronzo sakan menari-nari bersama Tabby, juga anggota kumpulan Dolla.
Apa yang membuatkan Diva kurang berkenan sudah tentulah dengan pakaian yang digayakan Sabronzo yang yakin diri menutup bahagian dada dengan hanya menggayakan ‘tube’ sewaktu menari.
Video berdurasi sekitar 15 saat itu juga menarik perhatian netizen apabila masing-masing mengkritik pemakaiannya yang dikatakan tidak sesuai sebagai wanita beragama Islam.
Kalau nama pun Wan Sabrina Wan Rusli, Melayu Islam kan? Diva pun bukanlah baik sangat, tapi kalau boleh janganlah mengundang dan membuatkan orang lain meluat.
Daripada komen-komen netizen, difahamkan Sabronzo berasal dari Kelantan. Moden betul!
Diva pun tak tahu nak cakap macam mana. Untuk Sabronzo, ingat sikit awak tinggal di Malaysia, bukannya Amerika Syarikat.
Kalau nak ‘telanjang’ sekali pun, biar berpada-pada sikit.
DIVA: Cantiknya Hawa Rizwana walaupun tanpa secalit solekan.