fbpx

50 penunjuk perasaan ditahan bantah pertabalan Raja Charles III

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUNJUK perasaan antimonarki mengadakan protes tidak jauh dari lokasi pertabalan Raja Charles III di Westminster Abbey, London semalam. - Foto AFP

LONDON –  Polis Britain menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan daripada kumpulan antimonarki dan alam sekitar pada hari pertabalan Raja Charles III semalam, lapor portal berita Independent.

Polis Metropolitan London sebelum ini berkata, pihaknya akan memudahkan penganjuran demonstrasi antiraja itu melainkan kumpulan penunjuk perasaan melanggar undang-undang sedia ada atau peraturan baharu yang dikuatkuasakan pada minggu lalu.

Bagaimanapun, polis bertindak memberkas anggota kumpulan penunjuk perasaan tersebut pagi semalam. Mereka terdiri daripada kumpulan pergerakan politik dikenali sebagai Republic. 

Polis turut merampas beratus-ratus sepanduk  tertera slogan bermaksud ‘Bukan Raja Saya’. Tindakan itu dilakukan walaupun Republic telah mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk mengadakan protes  di Dataran Trafalgar, London.

Amnesty International(AS) cawangan Britain United adalah antara kumpulan hak asasi manusia yang membangkitkan kebimbangan mengenai tangkapan tersebut. AI menegaskan bahawa demonstrasi aman jelas dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa.

Polis Metropolitan sebaliknya  berkata, sebanyak 52 tangkapan dibuat dalam operasi tersebut yang diberi nama Operasi Golden Orb.

Daripada jumlah tersebut, 32 orang ditangkap kerana disyaki berkomplot mencetuskan gangguan awam. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI