fbpx

‘Pisang tutup aurat’ akhirnya berbuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pokok ‘pisang tutup aurat’ yang mula mengeluarkan buah.

KUALA TERENGGANU – Cubaan seorang jurutera menanam spesies pokok pisang digelar ‘pisang tutup aurat’ sejak dua tahun lalu akhirnya membuahkan hasil apabila tanaman itu mula mengeluarkan jantung minggu lalu.

Pokok ‘pisang tutup aurat’ ditanam Mohamad Saleh, 59, itu merupakan spesies Ensete glaucum yang mengeluarkan tandan buah diliputi lapisan daun.

Mohamad berkata, dia tertarik untuk menanam pokok pisang terbabit yang dikatakan berasal dari pekarangan Istana Raja Thai setelah kisah tanaman itu tular sejak lapan tahun lalu.

“Satu-satu lokasi pokok pisang itu ditanam di negara ini terletak di pekarangan Masjid Paloh 2, Gua Musang. Dua tahun lalu saya telah menziarahi masjid tersebut untuk mengambil benihnya.

“Pengurusan masjid tersebut bermurah hati memberi saya seikat ‘pisang tutup aurat’ yang mempunyai 300 biji benih,” katanya ketika ditemui di Kampung Surau Haji Daud di sini semalam.

‘Pisang tutup aurat’ atau nama merupakan spieses pokok pisang hiasan yang buahnya mengan­dungi banyak biji bersaiz besar, namun boleh dimakan.

Mohamad berkata, dia menggunakan kemahiran bertani termasuk menghasilkan baja dan racun organik bagi memastikan tiga pokok ‘pisang tutup aurat’ terus subur.

“Alhamdulillah, pokok itu te­rus subur dan akhirnya mengeluarkan jantung pada minggu lalu. Saya jangka buahnya akan matang dan sudah boleh dituai pada awal Julai depan,” katanya.

Mohamad berkata, beliau mengalu-alu mana-mana pihak untuk mengunjungi pekarangan rumahnya untuk mengetahui spe­sies pokok pisang unik tersebut dengan lebih dekat.

Beliau juga bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada pihak yang turut berminat menanam pokok ‘pisang tutup aurat’ tersebut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI