LONDON – Peminat monarki Britain mengkritik sebilangan tetamu yang hadir untuk menyaksikan pertabalan diraja malam tadi selepas mereka dilihat mempamerkan tabiat buruk.
Seorang peminat monarki menulis: “Sesiapa perasan ramai tetamu mengunyah gula-gula getah? Apa semua ini? Ada sesiapa perasan#Pemahkotaan.
Seorang lagi peminat diraja bersetuju dengan kenyataan itu dan menambah: “Mengapa begitu ramai orang mengunyah gula-gula getah? Apa yang berlaku kepada adat sopan rakyat Britain?
“Mengunyah gula-gula getah, biar benar ! Ini majlis pertabalan diraja bukan perlawanan bola keranjang,” kata peminat diraja lain.
Raja Charles III ,74, dan Permaisuri Camilla dimahkotakan dalam upacara gilang gemilang yang ditonton oleh 350 juta orang. – Agensi