fbpx

Peminat Liverpool ‘boo’ lagu ‘God Save The King’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMINAT Liverpool mengibarkan bendera mereka menjelang sepak mula perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur di Anfield pada 30 April lalu. – AFP

LIVERPOOL, Britain – Peminat kelab bola sepak Inggeris, Liverpool mencemuh lagu kebangsaan apabila ia dimainkan di Anfield untuk menandakan pertabalan Raja Charles III semalam.

Liga Perdana Inggeris menggalakkan kelab-kelab bola sepak tempatan untuk memainkan lagu kebangsaan menjelang perlawanan hujung minggu ini sebagai penghormatan kepada majlis  pemahkotaan Raja Charles III di Westminster Abbey.

Liverpool menyatakan bahawa mereka akan memainkan lagu tersebut sebelum perlawanan menentang Brentford semalam, walaupun mengetahui bahawa ‘sebilangan penyokong mempunyai pandangan kuat tentang perkara tersebut’.

Ketika lagu ‘God Save the King’ – sebelum ini ‘God Save The Queen’- dimainkan, bunyi cemuhan dan ejekan akhirnya ditenggelamkan oleh teriakan ‘Liverpool’ daripada peminat kelab bola sepak itu. 

Peminat  Liverpool  berulang kali mencemuh lagu kebangsaan sejak beberapa tahun lalu, terutamanya menjelang perlawanan akhir Piala FA musim lalu. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI