fbpx

Pantai Tok Bali terlalu kotor, penuh sampah sarap – Hunny Madu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUNNY MADU kecewa dengan tahap kebersihan Pantai Tok Bali di Kelantan yang disifatkannya sangat menyedihkan.

PETALING JAYA – Penyampai radio jelita, Hunny Madu, menzahirkan rasa kecewa apabila melihat tahap kebersihan di Pantai Tok Bali, Kelantan yang disifatkannya sangat menyedihkan.

Hunny atau nama lengkapnya Hani Farhana Mohd Hatim, 39, terpaksa membatalkan niatnya untuk menyinggah dan membeli aiskrim di tepi pantai setelah melihat keadaan persekitaran tersebut.

“Pantai di Tok Bali, Kelantan terlalu kotor dan dipenuhi sampah sarap. Kami sebenarnya ingin berhenti dan membeli aiskrim kerana cuaca terlalu panas namun membatalkan niat itu lantas kami terus ke hotel berhampiran kerana ‘mood’ kami berubah selepas melihat sampah yang melimpah-ruah ini.

“Kenapa? Boleh seseorang beritahu saya mengapa pantai yang dahulunya indah kini dipenuhi dengan sampah sarap?,” soalnya menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram.

Dalam hantaran berbeza, Hunny mendakwa dia mengalami sakit tekak disebabkan oleh pencemaran persekitaran di Kelantan selain menyatakan hotel yang diinap tidak dibersihkan selama empat hari sepanjang dia berada disana.

“Balik Kelantan memang best jumpa keluarga dan sanak saudara. Tetapi balik sahaja dari sana, tekak saya jadi sakit, mungkin kerana cuaca panas dan pencemaran udara.

“Hotel kami di Kota Bharu juga tidak divakum selama empat hari sepanjang kami menginap di sana. Karpet kotor, bertompok seperti kesan air minuman sirap bandung, menjijikkan,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen laman Instagram miliknya, orang ramai, rakan selebriti bahkan rakyat Kelantan sendiri terpaksa mengakui bahawa tahap kebersihan di negeri tersebut berada di tahap yang tidak memuaskan.

“Sungguhlah? Memalukan,” komen pelakon, Fizo Omar yang juga merupakan orang Kelantan.

“Saya orang Kelantan tetapi saya perlu mengakui dan setuju bahawa negeri Kelantan memang kotor. Saya sanggup tahan hendak buang air kecil kerana tidak mahu singgah di stesen minyak bahkan masjid kerana tahu tandasnya terlalu kotor,” komen seorang netizen itu.

Bagaimanapun, majoriti orang ramai menggesa agar pihak yang berkenaan segera mengambil tindakan dan tidak membiarkan pantai yang cantik itu menjadi seakan pantai tidak berpenghuni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI