fbpx

Mangsa ragut diminta tampil buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV yang memaparkan kejadian ragut di Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Polis masih menunggu laporan polis daripada seorang wanita yang terlibat kejadian ragut yang berlaku di Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara Off Jalan Ipoh, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya terkesan video berdurasi 30 saat memaparkan seorang wanita diragut, hari ini.

Katanya, semakan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kedai tersebut mendapati kejadian berlaku pada pukul 11.59 pagi.

“Siasatan lanjut mendapati, mangsa ketika kejadian sedang berjalan di tepi kaki lima kedai diragut oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal.

“Suspek dilihat dengan pantas menarik beg tangan mangsa. Polis Kuala Lumpur telah membuat semakan dan mendapati tiada sebarang laporan polis diterima berhubung insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau menyeru agar mangsa yang terlibat dalam insiden ini tampil untuk membuat laporan polis agar siasatan lanjut dapat dijalankan.

“Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga kesejahteraan serta keharmonian di Kuala Lumpur.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap individu-individu yang melanggar undang-undang,” ujar beliau. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI