fbpx

M. Daud Kilau dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daud Kilau menerima rawatan di Hospital Teluk Intan sejak semalam

BAGAN DATUK – Penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) di sini sejak petang semalam selepas mengadu sesak nafas.

Menurut anaknya, Mohd. Zaini, keadaan bapanya kini stabil dan boleh bercakap namun mengadu kepenatan.

“Semalam, bapa mengadu sesak nafas lalu kami membawanya ke HTI dan dia dirawat di wad kecemasan pada kira-kira pukul 12 tengah hari. Pada pukul 5 petang, bapa dimasukkan ke wad biasa.

“Pemeriksaan oleh doktor mendapati bapa mengalami kencing manis tinggi gula, dia juga sesak nafas dan kini masih ditahan di wad.

“Keadaannya sekarang sudah stabil, boleh makan sedikit sedikit, dia juga sudah boleh bercakap cuma dia tak larat duduk lama, kerana akan rasa penat,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Pada September lalu, Daud Kilau dimasukkan ke hospital sama selepas mengadu sesak nafas.

Penyanyi berusia 85 tahun itu mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu selepas disahkan menghidap kencing manis selain sakit pinggang dan jantung tidak stabil.

Ini menyebabkannya mengambil keputusan tidak lagi membuat persembahan pentas dan beliau lebih banyak berbaring di rumah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI