fbpx

Kepala Izara Aishah ‘masuk air’, kelakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZARA ambil pendekatan berseloroh ketika mempromosikan tudung jualannya.

TAK sangka kelakar juga pelakon jelita Izara Aishah. Biarpun kedengaran agak merepek, tapi Diva tetap terhibur mendengar cara pelakon itu mempromosikan produknya dengan cara berlebih-lebihan.

Ada ke patut Izara kata, kalau sesiapa memakai tudung jualannya, rambut yang kerinting akan automatik menjadi lurus.

Bukan itu sahaja, menantu kepada penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu juga mendakwa tudungnya boleh menghilangkan jerawat yang ada pada wajah.

Dalam pada melawak, Izara juga sempat memberi pesan ‘pedas’ apabila menegur individu yang telah memakai tudungnya supaya tidak bersikap sombong.

“Bila dah cantik (pakai tudung Izara), jangan jadi sombong. Tapi jangan lama-lama (sombong) sebab takut orang ludah,” katanya.

Bahkan, Izara juga menegur sikap segelintir Muslimah apabila masih memiliki hati yang busuk walaupun memakai tudung.

“Jangan pakai tudung, tiba-tiba masih nampak macam hati tu busuk. Walaupun hati tu busuk, tapi kita kenalah nampak macam baik,” tegurnya.

Lucu betul Izara, sudahlah cantik, kelakar pula. Untung suami dapat isteri kepala ‘tingtong’. Apa-apa pun, Diva rasa rindu pula nak tengok Izara berlakon.

Rasanya dah lama ibu kepada seorang cahaya mata itu tidak muncul dalam kaca televisyen membintangi drama. Dah bersara ke agaknya?

DIVA: Risau pula tengok Datuk Siti masih batuk-batuk menjelang Konsert 3 Suara yang bakal tiba tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI