fbpx

Jemaah haji dinasihat jangan sebar berita tidak tepat – Sultan Sharafuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin (tengah) bersalam dengan bakal haji di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan agar jemaah haji tidak mudah menyebarkan berita tidak tepat di media sosial sepanjang urusan ibadah tersebut.

Sultan Sharafuddin menegaskan sebaliknya, sekiranya ada sebarang kekurangan atau masalah dengan Tabung Haji (TH) perlu berbincang secara baik dengan pegawai-pegawai TH.

Titah baginda, sebarang penyebaran berita tidak tepat hanya merumitkan keadaan dan tidak akan menyelesaikan masalah.

“Kita harus bersyukur dengan adanya sebuah perbadanan seperti TH yang menjaga kebajikan jemaah haji negara. Oleh itu sekiranya ada sebarang kekurangan atau masalah dengan TH, berbincanglah secara baik dengan pegawai-pegawainya.

“Jangan mudah menyebarkan berita yang tidak tepat di media-media sosial kerana ia hanya merumitkan keadaan dan tidak akan menyelesaikan masalah,” titah baginda pada kursus perdana haji musim haji yang dihadiri 6,000 bakal haji di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Sultan Sharafuddin turut berharap supaya jemaah haji terus mengekalkan disiplin diri semasa berada di Tanah Suci nanti dengan mematuhi kepada peraturan-peraturan yang telah ditentukan oleh kerajaan Arab Saudi seterusnya menjaga nama baik negeri Selangor dan Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI