fbpx

Chelsea bergelut sebelum ‘jinakkan’ Bournemouth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain gantian, Joao Felix (tengah) meraikan jaringannya ketika membantu Chelsea menewaskan Bournemouth 3-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Vitality.

BOURNEMOUTH – Chelsea mencatat kemenangan pertama di bawah bimbingan pengurus sementara, Frank Lampard selepas menewaskan Bournemouth 3-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Vitality sebentar tadi.

Lebih manis, kemenangan itu sekali gus memastikan kedudukan The Blues dalam saingan Liga Perdana musim ini hampir selamat apabila berada di kedudukan ke-11 selepas mengumpul 42 mata dengan liga berbaki empat perlawanan.

Pada perlawanan itu, Chelsea terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Conor Gallagher pada minit kesembilan sebelum disamakan Matias Vina menerusi jaringan menarik 12 minit kemudian.

Bagaimanapun, ketika perlawanan berbaki 10 minit sahaja lagi, Chelsea secara tiba-tiba kembali berada di depan menerusi dua jaringan yang dilakukan Benoit Badiashile dan Joao Felix, masing-masing pada minit ke-82 dan 86.

Justeru, juara Eropah dua kali itu memiliki baki empat perlawanan sahaja lagi bagi memperbaiki kedudukan untuk sekurang-kurangnya menamatkan saingan musim ini dalam kelompok 10 pasukan teratas.

Untuk rekod, ini adalah kemenangan pertama Chelsea dalam sembilan perlawanan liga selepas kali terakhir mengutip tiga mata ketika menewaskan Leicester City 3-1 dua bulan lalu di bawah kendalian Graham Potter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI