fbpx

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Herbert

PETALING JAYA – Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Clifford F. Herbet dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

Khabar duka tersebut dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.

“Terima khabar duka, mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Datuk Clifford F. Herbert telah meninggal dunia pagi ini.

“Mendiang merupakan seorang pegawai yang baik dan memberikan perkhidmatan cemerlang kepada negara,” tulis Anwar.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, mendiang juga merupakan salah seorang individu yang terlibat dalam pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Secara peribadi, saya akan terus mengingati jasa mendiang terhadap pembangunan negara khususnya pembinaan KLIA.

“Saya utus salam takziah buat keluarga mendiang, semoga mereka tabah hadapi dugaan ini,” jelasnya.

Sebelum ini, Herbert berkhidmat di Kementerian Kewangan dari tahun 1975 hingga 1997 dengan memangku jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan bersara dari Perkhidmatan Awam pada tahun 1997.

Sebagai Setiausaha Agung di Kementerian Kewangan, beliau juga dilantik sebagai Gabenor alternatif Bank Dunia bermula tahun 1994 hingga 2000.

Beliau juga merupakan Pengerusi Lapangan Terbang Antarabangsa KL yang membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Selain itu, beliau turut berkhidmat dalam pelbagai badan berkanun dan syarikat awam berkaitan kerajaan antaranya, Kumpulan Khazanah Nasional Berhad, Malaysian Airline System Berhad, Petroliam Nasional Berhad, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Pengerusi Percetakan Nasional Malaysia Berhad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI